fb fb fb fb fb

Kem sementara migran dibersihkan, dipindahkan ke tempat perlindungan

TIJUANA (MEXICO), 7 Februari - Pihak berkuasa Mexico membersihkan kem sementara berdekatan sempadan Amerika yang menempatkan 400 migran.

Mereka telah dipindahkan ke tiga tempat perlindungan berbeza di sempadan Bandar Tijuana.

Datuk Bandar Tijuana - Montserrat Caballero memberi jaminan untuk tetap memberi perlindungan kepada kesemua migran tidak kiralah mereka memilih untuk tinggal di tempat perlindungan disediakan atau pulang ke negara asal masing-masing.

Pemindahan itu bagaimanapun, mendapat kritikan organisasi hak asasi yang menyifatkan tindakan itu sebagai sesuatu yang menyedihkan.

Media Baharu