fb fb fb fb fb

Kekacauan pagi Aidilfitri di Ethiopia, 76 suspek ditahan bantu siasatan

ETHIOPIA, 4 Mei - Seramai 76 suspek ditahan berikutan pertempuran yang tercetus di ibu negara, Addis Ababa, semasa solat Aidilfitri Isnin lalu.

Ia rentetan ketegangan beberapa hari yang melibatkan penganut Kristian dan Islam di negara Afrika Timur itu yang setakat ini telah mengorbankan sekurang-kurangnya 21 orang Islam di bandar Gondar.

Menurut Markos Tadesse, jurucakap polis Addis Ababa, enam pegawai turut ditahan kerana cuai serta dilaporkan gagal mengawal situasi.

"Beberapa individu telah menyebabkan kekacauan yang membawa kepada kerosakan harta benda dan kecederaan kepada pasukan keselamatan.

"76 suspek kini dalam tahanan. Kami sedang menyiasat punca pertempuran dan akan memaklumkan kepada orang ramai mengenai hasil siasatan kami," katanya.

Majoriti rakyat Ethiopia terdiri daripada penganut Kristian Ortodoks dan hanya 34 peratus penduduknya beragama Islam.

Perang saudara yang berterusan di wilayah Tigray utara Ethiopia juga dipercayai menyumbang kepada ketegangan antara kaum dan agama di negara itu yang kian memburuk. - AP


(Hanya 34 peratus rakyat Ethiopia beragama Islam/ AP)

Media Baharu