fb fb fb fb fb

Kebakaran tercetus selepas kemalangan paip gas di Wilayah Omsk, Rusia

Foto Telegram/Exilenova

OMSK, 18 November – Satu kemalangan berlaku pada bahagian bawah tanah paip gas di wilayah Omsk, menurut Gabenor wilayah, Vitaly Khotsenko, pada Selasa.

Khotsenko memaklumkan melalui aplikasi Telegram bahawa perkhidmatan kecemasan sedang menangani insiden berkenaan dan menegaskan bahawa tiada ancaman terhadap penduduk daerah Omsk mahupun kawasan lain di wilayah tersebut.

Agensi berita kerajaan Rusia, TASS yang memetik Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan (FSB) wilayah Omsk, melaporkan kebakaran pada paip gas berhampiran kampung Rostovka berlaku ketika kerja-kerja pembaikan sedang dijalankan.

Menurut FSB, kebakaran telah berjaya dikawal dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Siasatan terhadap punca kejadian masih dijalankan.

Wilayah Omsk terletak di barat daya Siberia, kira-kira 2,200 kilometer di timur Moscow. -REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN