GAZA, 18 November - Hujan lebat musim sejuk terus memperburuk keadaan di Gaza apabila keluarga yang tinggal dalam khemah sementara berdepan banjir, suhu membeku, ancaman penyakit bawaan air dan kekurangan bantuan penting, meskipun gencatan senjata antara Israel dan Hamas masih berlangsung.
Di Shujayea, kem sementara bertukar menjadi kawasan bertakung air, memusnahkan tilam dan selimut serta meninggalkan ratusan keluarga tanpa tempat kering untuk berlindung.
Walaupun tiada pertempuran, proses pembinaan semula masih perlahan dan ramai penduduk belum dibenarkan pulang ke rumah akibat kawasan tertentu masih dikawal tentera Israel. Kebanyakan keluarga kekurangan pakaian musim sejuk, selimut dan kemudahan pemanasan.
“Kami dibanjiri… Khemah koyak dan hujan terus masuk. Setiap hari terasa seperti mati berulang kali,” kata Zaher Al-Ajla.
Seorang lagi penduduk, Khalil Bahar berkata mereka tidak mempunyai tilam atau selimut untuk melindungi diri daripada kesejukan dan terpaksa berjaga sepanjang malam.
Hujan berterusan dijangka memburukkan keadaan, meningkatkan risiko penyakit dan menambah cabaran operasi bantuan kemanusiaan di wilayah itu. -REUTERS