fb fb fb fb fb

Aliran lembap atmosfera melanda California, sekurang-kurangnya enam maut

Foto REUTERS

CALIFORNIA, 18 November - Hujan lebat akibat aliran lembap atmosfera telah melanda kebanyakan kawasan di California, menyebabkan sekurang-kurangnya enam kematian serta membasahi sebahagian besar negeri itu, menurut laporan ABC pada Isnin.

Ribut petir yang masih berlarutan di Los Angeles County terus menimbulkan risiko tanah runtuh, terutama di kawasan yang baru dilanda kebakaran hutan. Rakaman media tempatan menunjukkan kerosakan yang meluas di California Selatan.

Di Altadena, sebuah kenderaan remuk selepas dihempap pokok, manakala kanopi stesen minyak runtuh di San Diego. Di kawasan berhampiran Palm Springs, beberapa kenderaan terperangkap dalam lumpur, manakala bomba di Buena Park berjaya menyelamatkan seorang lelaki dewasa yang tersekat di atas tebing berhampiran saluran air, menurut Pihak Berkuasa Bomba Orange County.

Perkhidmatan Cuaca Negara (National Weather Service) telah mengeluarkan amaran mengenai kemungkinan banjir kilat dan tanah runtuh, terutamanya di kawasan yang terjejas kebakaran hutan baru-baru ini, kerana tanah yang tidak stabil meningkatkan risiko bencana. -REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN