fb fb fb fb fb

Kebakaran kilang bateri, 22 orang terbunuh

Foto AFP

KOREA SELATAN, 24 Jun- Seramai 22 orang terbunuh susulan kebakaran di sebuah kilang bateri litium di Korea Selatan.

Menurut anggota bomba, Kim Jin-young ketika kejadian lebih 100 orang sedang bekerja di kilang itu.

"Pekerja mendengar letupan dari tingkat dua bangunan berkenaan.

"Dalam kebakaran yang berlaku, 22 orang terbunuh, termasuk 20 warga asing...18 dari China, seorang dari Laos, dan seorang lagi sedang dikenal pasti.

"Kebanyakan mayat melecur teruk, jadi ia akan mengambil sedikit masa untuk pengecaman mayat berkenaan.

"Anggota bomba masih mencari seorang lagi mangsa yang masih belum ditemui," katanya kepada pemberita di sini.

Tambahnya, api berjaya dikawal dan pihak bomba melakukan operasi penyejukan bagi menghalang kebakaran daripada merebak ke kilang berhampiran. - AFP

BERITA BERKAITAN:

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM