ABIDJAN, 24 Jun- Banjir dan tanah runtuh di Abidjan mengorbankan sekurang-kurangnya 24 orang dalam tempoh 10 hari.
Menurut pihak berkuasa tempatan, hujan lebat telah menyebabkan kenaikan paras air dan tanah runtuh yang teruk di negara Afrika Barat itu.
Pejabat Kebangsaan bagi Perlindungan Awam (ONPC) berkata dua orang hilang selepas dihanyutkan banjir.
ONPC turut memberi amaran tentang risiko bangunan runtuh akibat bencana itu.
Hujan lebat berserta banjir yang dahsyat adalah perkara biasa di Abidjan yang menempatkan kira-kira enam juta penduduk.
Pada 2023, sekurang-kurangnya 30 orang maut dalam banjir dan kejadian lain yang dikaitkan dengan hujan lebat di negara itu. - AFP