fb fb fb fb fb

Kebakaran hutan pacu pencemaran udara global - WMO

Foto Reuters

GENEVA, 5 September – Kebakaran hutan yang dipacu perubahan iklim menyumbang besar kepada pencemaran udara tahun lalu, menurut laporan Pertubuhan Meteorologi Dunia (WMO).

“Kebakaran hutan merupakan sumber berterusan pencemar atmosfera,” kata pegawai saintifik WMO, Lorenzo Labrador.

Beliau menegaskan kualiti udara dan perubahan iklim mesti ditangani sebagai isu yang saling berkaitan.

Laporan WMO mengenai kualiti udara dunia 2024 mengenal pasti kawasan panas pencemaran di lembangan Amazon, Kanada, Siberia dan Afrika Tengah.

Kebakaran di kawasan itu dijangka bertambah buruk sekali gus meningkatkan risiko kesihatan.

WMO turut memberi amaran pelepasan kuat daripada kebakaran di Semenanjung Iberia boleh menjejaskan kualiti udara merentas sempadan, termasuk seluruh Eropah Barat.

Namun, terdapat perkembangan positif apabila China Timur mencatat penurunan pencemaran partikel hasil langkah mitigasi.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan pencemaran udara ambien menyebabkan lebih 4.5 juta kematian pramatang setiap tahun. -REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN