MADRID, 1 September- Perdana Menteri Pedro Sanchez mengakui bahawa persediaan Sepanyol menghadapi kebakaran hutan terburuk musim panas ini adalah jelas tidak mencukupi.
Empat orang terkorban dan beribu-ribu penduduk dipindahkan ketika gelombang haba melanda Eropah Selatan bulan lalu, mencetuskan pertelagahan antara kerajaan Parti Sosialis dan Parti Popular (PP).
Kerajaan Sosialis mendakwa PP gagal melaksanakan polisi pencegahan berkesan, manakala PP menuding jari kepada tindakan khianat dan kekurangan sokongan kerajaan pusat.
Sanchez menekankan kekurangan anggota bomba, pengawal hutan, alat ramalan serta pengurusan tanah yang lemah dan infrastruktur usang sebagai punca kebakaran lebih teruk.
Beliau turut menyalahkan pemanasan global yang meningkatkan tempoh, kekerapan dan intensiti gelombang haba.
Menurut Sistem Maklumat Kebakaran Hutan Eropah, kebakaran hutan tahun ini memusnahkan ratusan ribu hektar, melebihi rekod 306,000 hektar pada 2022 dan mencatat rekod tahunan baharu sejak 2006. -AFP