fb fb fb fb fb

EU pertimbang pelanjutan guna aset beku Rusia untuk Ukraine

Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula Von Der Leyen/Reuters

MEDININKAI, 1 September- Kesatuan Eropah (EU) bersedia untuk menimbang penggunaan aset beku Rusia dengan lebih lanjut bagi membantu Ukraine.

Menurut Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula Von Der Leyen, keuntungan luar jangka berjumlah 3.7 bilion Euro telah dijana dan disalurkan kepada Ukraine, setakat ini.

Tambahn Ursula, EU kini sedang menilai langkah seterusnya termasuk pelan penggunaan terbaik aset berkenaan.

"Setakat ini, keuntungan luar jangka berjumlah 3.7 bilion euro telah dijana dan lebih banyak lagi akan diterima secara berkala. Tetapi, kami juga sedang menilai langkah seterusnya dan penggunaan terbaik aset ini kerana satu perkara yang jelas, Rusia sebagai pemangsa, mesti dipertanggungjawabkan atas tindakannya.

Mereka perlu membayar atas kerosakan dan pencerobohan. Itu adalah prinsipnya dan oleh itu kami sedang meneliti penggunaan tambahan keuntungan luar jangka yang dibekukan ini," kata Ursula.

Beliau juga menyatakan bahawa EU secara umum menyokong cadangan Lithuania untuk merampas aset beku tersebut bagi membiayai bantuan kepada Ukraine.

Terdahulu, Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen dan Presiden Lithuania, Gitanas Nauseda mengadakan sidang media bersama selepas mengadakan pertemuan di sempadan Lithuania-Belarus. -REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM