LANDIRAS, 19 Julai- Cuaca panas yang melanda Eropah ketika ini semakin membimbangkan.
Di Perancis, kebakaran hutan akibat cuaca panas melampau di barat daya negara itu memaksa lebih 1,500 penduduk berpindah.
Media tempatan melaporkan sehingga kini, lebih 14,000 penduduk telah dipindahkan.
Pegawai Komunikasi Bomba Gironde, Leftenan Kolonel Eric Pitault berkata pihaknya berusaha mengawal dua kebakaran yang berlaku hampir serentak.
Sejak beberapa minggu lalu, kebakaran hutan telah melanda Perancis serta negara Eropah lain seperti Portugal dan Sepanyol, apabila suhu meningkat.
Perancis mengeluarkan amaran merah untuk beberapa wilayah dengan penduduk diingatkan supaya berwaspada.-AFP
(FOTO AFP)