fb fb fb fb fb

Tragedi keganasan di Haiti, ragut ratusan nyawa

(Foto AFP)

PORT-AU-PRINCE, 19 Julai- Sekurang-kurangnya 234 orang maut atau cedera akibat keganasan berkumpulan dari 8 hingga 12 Julai.

Pertempuran berlaku di Cite Soleil, sebuah kawasan kejiranan miskin dan padat di Port-au-Prince, Haiti.

Pergolakan tercetus antara dua puak bertelagah dan polis gagal menanganinya kerana kekurangan anggota dan kelengkapan.

Akibatnya, ramai penduduk yang terperangkap di dalam rumah dan gagal mendapatkan bekalan makanan dan minuman.

Jurucakap pejabat hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Jeremy Laurence berkata kebanyakan mangsa tidak terlibat secara langsung dalam kumpulan itu namun turut menjadi sasaran.

Awal minggu ini, Rangkaian Pertahanan Hak Asasi Manusia Kebangsaan menyebut 89 orang terbunuh dan 16 tidak diketahui manakala 74 cedera.-AFP


(FOTO AFP)

Media Baharu