fb fb fb fb fb

Kebakaran hutan di Nova Scotia, Kanada

(Foto Reuters)

HUBLEY, 29 Mei- Kebakaran besar hutan dilaporkan berlaku di Nova Scotia, wilayah timur Kanada, pada Ahad, dengan asap tebal boleh dilihat pengguna lebuh raya yang melalui kawasan berkenaan.

Rakaman video mengenainya turut dikongsi beberapa pengguna di laman media sosial.

Menurut laporan media tempatan, kerajaan telah mengeluarkan amaran kecemasan dan beberapa perintah pemindahan untuk pembahagian Upper Tantallon dan Hammonds Plains di tengah Nova Scotia.

(Foto Reuters)

Video oleh saksi dari Upper Tantallon juga menunjukkan asap tebal berkepul akibat kebakaran di sepanjang lebuh raya 103.

Dalam pada itu, Pusat Pendidikan Serantau Halifax mengumumkan di akaun Twitter rasminya bahawa sekolah di kawasan yang terjejas akan ditutup pada Isnin (29 Mei).

Kebakaran hutan telah marak di beberapa kawasan di Kanada sejak beberapa minggu lalu.

Sekurang-kurangnya 10 rumah terbakar disebabkan kejadian itu.-REUTERS

Media Baharu