fb fb fb fb fb

Bot pelancong karam di Itali ragut dua nyawa

(FOTO FB Attilio Fontana)

ROM, 29 Mei - Dua orang disahkan maut manakala dua lagi masih hilang dalam kemalangan bot di Tasik Maggiore di utara Itali, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik Agensi Berita ANSA pada Isnin.

Terdahulu pada Isnin, bomba mengatakan bahawa 19 orang telah diselamatkan selepas sebuah bot karam di tasik berhampiran bandar Lisanza, kira-kira 50 kilometer barat laut Milan.

Menurut pihak bomba, penyelam telah menemukan dua mayat dan operasi mencari dua yang hilang masih diteruskan dengan dibantu sebuah helikopter.

Menurut Presiden wilayah Lombardy, Attilio Fontana, bot itu karam dipercayai akibat ribut.

“Bot layar sepanjang 16 meter itu telah disewa oleh pelancong,” tulisnya di Facebook.- BERNAMA


(Presiden wilayah Lombardy, Attilio Fontana/ AFP)

Media Baharu