fb fb fb fb fb

China hantar angkasawan pertama dalam kalangan orang awam

(Foto AFP)

JIUQUAN, 29 Mei- China akan menghantar angkasawan pertama dalam kalangan orang awam ke angkasa lepas, pada Selasa.

Ia sebagai sebahagian daripada misinya ke stesen angkasa Tiangong.

Jurucakap Agensi Angkasa Lepas China, Lin Xiqiang berkata ia melibatkan Profesor dari Universiti Aeronautik Beijing, Gui Haichao.

(Jurucakap Agensi Angkasa Lepas China, Lin Xiqiang/Foto AFP)

Misi yang diketuai Komander Jing Haipeng itu akan berlepas dari Tapak Pelancaran Satelit Jiuquan di barat laut pada pukul 9.31 pagi esok, waktu tempatan.

Ekonomi terbesar kedua itu telah melabur berbilion dolar dalam program angkasa lepas yang dikendalikan tenteranya.

Langkah itu bagi memastikan ia setaraf dengan program angkasa lepas Amerika Syarikat dan Rusia.-AFP

Media Baharu