fb fb fb fb fb

Kebakaran hutan di California, penduduk diarah pindah

Foto REUTERS

SANTA YNEZ VALLEY, 7 Julai- Penduduk diarah berpindah susulan kebakaran hutan di selatan California.

Kebakaran besar berlaku berhampiran Tasik Zaca di Lembah Santa Ynez.

Media tempatan melaporkan bahawa lebih 12,000 ekar hutan telah terbakar.

Terdahulu, Jabatan Bomba Daerah Santa Barbara memuat naik video di media sosialnya mengenai kebakaran yang turut dikenali sebagai "kebakaran tasik" itu.

Pihaknya memuji anggota bomba terlibat kerana berjaya melindungi sebuah pusat peranginan di kawasan berhampiran tasik berkenaan. - REUTERS

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM