fb fb fb fb fb

Angka kematian rakyat Palestin meningkat 38,098

Foto REUTERS

GAZA, 7 Julai- Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan berterusan Israel meningkat kepada 38,098 orang, kata Kementerian Kesihatan Palestin.

Serangan turut menyebabkan 87,705 orang lagi mengalami kecederaan, sejak konflik Israel-Hamas tercetus Oktober lalu.

Menurut media Palestin, lapan orang terbunuh ketika serbuan Israel di utara dan bandar selatan Rafah semalam.

Daripada lapan kematian, enam terbunuh apabila pesawat Israel menyerang sebuah kereta di barat laut Rafah, manakala dua lagi terbunuh dalam serangan Israel di kawasan kejiranan di Gaza.

Tentera Israel juga mengebom sebuah sekolah milik Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA), Gaza pada hari sama.

Serangan itu membunuh sekurang-kurangnya 16 orang dan mencederakan lebih 50 yang lain di sekolah yang menempatkan penduduk dipindahkan.

Pejabat media kerajaan Gaza berkata lima lagi wartawan Palestin terbunuh di lokasi berbeza di seluruh Gaza.

Kematian baharu itu menjadikan jumlah wartawan Palestin terbunuh meningkat kepada 158 orang. - REUTERS

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM