fb fb fb fb fb

Kebakaran hutan: Angka korban di Chile mencecah 112 orang

FOTO AFP

VIÑA DEL MAR, 5 Februari- Angka kematian akibat kebakaran hutan di tengah Chile meningkat kepada sekurang-kurangnya 112 orang, manakala 190 lagi masih hilang di sini.

Sehingga kini, hanya 32 mayat berjaya dikenal pasti identitinya.

Usaha memadam kebakaran di kawasan pelancongan pantai Valparaiso masih giat dilakukan di tengah-tengah gelombang panas yang dahsyat dengan suhu melonjak 40 darjah Celcius pada hujung minggu.

Kementerian Dalam Negeri memaklumkan sebanyak 40 kebakaran dikesan masih aktif dengan kira-kira 64,000 ekar tanah telah terbakar, setakat semalam.

Ia disifatkan bencana paling buruk sejak gempa bumi dan tsunami pada 2010 yang mengorbankan 500 orang di negara itu.

Kebakaran yang marak selama berhari-hari memaksa pihak berkuasa untuk menutup jalan yang menghubungkan wilayah Valparaiso ke ibu kota Santiago atas faktor keselamatan. -AFP

0502 BD CHILE KEBARAKAN MENINGKAT 2

Antara mangsa yang terkoban dilihat terbaring di atas jalan dan ditutup kain cadar/AFP

SITI AISHAH BINTI MD ISA