fb fb fb fb fb

Houthi memperhebat latihan ketenteraan untuk hadapi AS, Britain

FOTO REUTERS

SANAA, 5 Februari- Kumpulan Houthi di Yaman memperhebatkan lagi latihan ketenteraan selepas sekutu penjajah Israel iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Britain melakukan serangan udara yang menyasarkan pihak itu.

Latihan secara darat dan udara itu dilapor diadakan pada Sabtu lalu.

Rakaman yang dikeluarkan oleh Houthi menunjukkan beberapa siri latihan ketenteraan.

Ia termasuk pejuang menjalankan latihan ketenteraan terhadap sasaran buatan yang dilabel sebagai pihak Israel.

Houthi telah melancarkan beberapa siri serangan ke atas perkapalan dan sasaran berkaitan zionis di Laut Merah sebagai tindakan solidariti dengan Palestin. -Reuters

0502 HOUTHI LATIHAN KETENTERAAN 3

Latihan Houthi ke atas sasaran buatan berlabel Israel/Reuters

ARTIKEL BERKAITAN
Houthi tidak gentar serangan AS, Britain di Laut Merah

SITI AISHAH BINTI MD ISA