LA PAZ, 24 November - Kebakaran di Amazon Bolivia telah memusnahkan 3 juta hektar (11, 583 batu persegi) hutan yang berdekatan dengan komuniti orang asli dan membunuh pelbagai jenis haiwan.
Di San Buenaventura, utara La Paz, polis dan anggota bomba memakai but getah memadam api yang marak dengan menggunakan hos air dan juga botol air.
Kebakaran yang marak dengan begitu pantas telah menyebabkan pelbagai masalah seperti penerbangan terpaksa dibatalkan, sekolah ditutup selain memusnahkan ekosistem yang lain.
Ekoran kebakaran luar biasa itu telah mengorbankan 12 nyawa.
Menurut pakar, kebakaran 2023 adalah yang terburuk dalam beberapa tahun kebelakangan ini, selepas kejadian kebakaran besar pada 2019.
Bolivia telah merekodkan peningkatan penebangan hutan bagi tempoh beberapa tahun kebelakangan ini selain mempunyai kawasan tanah lembap dan hutan hujan tropika terbesar di dunia khususnya di Amerika Selatan. - REUTERS