fb fb fb fb fb

Kebakaran gunung di kawasan nahas pesawat terhempas dipadamkan

(Taklimat kepada petugas pasukan penyelamat di kawan nahas pesawat terhempas?REUTERS)

 

GUANGXI, 22 Mac- Lebih ramai pasukan penyelamat dan pakar tiba di lokasi nahas di Wilayah Guangxi.

Setakat ini, kebakaran gunung akibat nahas pesawat itu telah dipadamkan dan operasi mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan.

Susulan kemalangan itu, Presiden China Xi Jinping mengarahkan usaha mencari dan menyelamat habis-habisan dilaksanakan.

Jinping mengarahkan tindakan pantas diambil untuk mengenal pasti punca nahas dan mengukuhkan keselamatan sektor penerbangan awam bagi memastikan keselamatan sektor itu dan nyawa rakyat.

"Setakat ini, pasukan penyelamat dengan 120 jentera dan 622 anggota telah tiba di lokasi kemalangan.

"Tapak kawasan nahas itu dikelilingi oleh pergunungan di tiga sisi tanpa akses kepada bekalan kuasa, jadi keadaan pencahayaan sangat teruk. Kerja-kerja mencari dan menyelamat kini sedang dijalankan. sedang berjalan lancar.

(Pasukan penyelamat mendaki gunung kawasan nahas pesawat terhempas/REUTERS) 

"Kementerian Pengurusan Kecemasan telah memulakan mekanisme kecemasan dan menghantar pasukan kerja ke tapak. menurut pentadbir pasukan Penyelamat Bomba Wuzhou.

China Eastern Airlines pula telah menubuhkan sembilan kumpulan kerja khas bagi tujuan pelupusan pesawat, penyiasatan kemalangan, bantuan keluarga, sokongan logistik, sokongan undang-undang, perhubungan awam, keselamatan, insurans kewangan dan pelupusan kargo.

Syarikat berkata bahawa punca kemalangan akan disiasat sepenuhnya.

Kedua-dua laman web rasmi China Eastern Airlines dan Boeing China bertukar hitam dan putih pada paparan skrin sejurus selepas berita berlakunya nahas itu diterima.

China Eastern Airlines ialah salah satu daripada tiga syarikat penerbangan utama China. -REUTERS

Media Baharu