(Ahli keluarga dan waris mangsa nahas pesawat terhempas menanti
di ruang menunggu di Lapangan Terbang Antarabangsa Guangzhou/REUTERS)
BEIJING, 22 Mac- Pihak bomba mengesahkan tidak menemui sebarang tanda-tanda terdapat mangsa yang terselamat dalam nahas kapal terbang pesawat Boeing 737 milik Chinese Eastern Airlines.
Pesawat yang membawa 132 penumpang termasuk sembilan anak kapal itu disahkan terhempas di wilayah Guangxi, China pada petang Isnin.
Media tempatan melaporkan terdapat penurunan mendadak dari segi altitud penerbangan menyebabkan ianya terhempas sehingga mencetuskan kebakaran di kawasan pergunungan.
Penerbangan MU5735 dari Kunming ke Guangzhou itu dilapor hilang kelajuan lalu menjunam sekitar pukul 2.20 petang waktu tempatan.
Pesawat itu dikatakan tidak memberi sebarang isyarat atau data di sekitar Wuzhou.
Pesawat berusia enam tahun itu , sedang terbang pada altitud 29 ribu 100 kaki.
(Serpihan pesawat Boeing 737 milik Chinese Eastern Airlines ditemui di kawasan ia terhempas
dijumpai penduduk kampung di wilayah Guangxi, sementara (gambar kecil-kanan) Logo China Eastern Airlines
di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing, China 21 Mac 2022/REUTERS)
Selepas dua minit 15 saat, data menunjukkan pesawat itu turun ke paras ketinggian 9 ribu 75 kaki.
Jejak terakhir yang terpapar dalam rekod FlightRadar24 adalah pesawat itu terus menjunam ke paras 3,225 kaki. -REUTERS