fb fb fb fb fb

Kazakhstan saman syarikat minyak utama dunia

(FOTO HIASAN/ REUTERS)

ASTANA, 11 April- Kazakhstan hari ini memulakan prosiding di mahkamah timbang tara antarabangsa terhadap ExxonMobil dan Shell berhubung penolakan lebih AS$16.5 bilion daripada hasil pendapatan di dua pelantar minyak.

Menteri Tenaga, Almasadam Satkaliev, yang dipetik oleh agensi berita rasmi Kazinform, berkata kerajaan sudah memulakan timbang tara antarabangsa terhadap syarikat Karachaganak dan syarikat pengoperasian Kashagan, masing-masing bagi jumlah AS$3.5 bilion dan AS$13 bilion.

Kashagan yang terletak di utara Laut Caspian, dikendalikan oleh konsortium Syarikat Operasi North Caspian yang terdiri daripada KazMunayGaz, Eni, ExxonMobil, Royal Dutch Shell dan TotalEnergies, China National Petroleum Corporation dan Inpex.

Eni, Shell dan KazMunayGaz turut mengendalikan pelantar minyak Karachaganak di barat Kazakhstan bersama Chevron dan Lukoil.

Syarikat yang beroperasi ini sudah dibenarkan memotong kos tertentu daripada hasil sebelum ia dikongsi dengan kerajaan di bawah perjanjian perkongsian pengeluaran. - AFP


(Loji minyak Bolashak diĀ  pesisir Kashagan berhampiran Atyrau di Kazakhstan, 30 Jun 2013/ AFP)

Media Baharu