fb fb fb fb fb

Kawasan setinggan dijilat api, 2,000 keluarga tinggal sehelai sepinggang

FOTO AFP

MANILA, 24 November- Kira-kira 1,000 rumah musnah dijilat api dalam kebaran di kawasan kawasan setinggan padat di ibu kota Filipina, Manila hari ini.

Menurut Jabatan Bomba Manila, kebakaran yang dipercayai bermula di tingkat dua salah sebuah rumah.

Setakat ini belum ada laporan mengenai mangsa yang cedera atau maut.

Rakaman dron yang dikongsi agensi bencana bandar menunjukkan rumah-rumah di kampung Isla Puting Bato, Manila, hangus terbakar hingga ke tanah.

Struktur tersebut menempatkan kira-kira 2,000 keluarga, menurut jabatan bomba.

Seorang penduduk kampung, Leonila Abiertas, 65, kehilangan hampir semua barangan miliknya tetapi sempat menyelamatkan abu suaminya yang telah meninggal dunia.

"Saya hanya dapat mengambil bekas abu suami saya," kata Abiertas sambil menangis kepada AFP.

"Saya benar-benar tidak tahu bagaimana mahu memulakan hidup saya semula selepas kebakaran ini."

Perkhidmatan bomba dan bencana menghantar 36 trak dan empat bot bomba, sementara pasukan tentera udara negara menghantar dua helikopter untuk membantu memadamkan kebakaran.

"Kawasan itu memang mudah terbakar kerana kebanyakan rumah di sana diperbuat daripada bahan ringan," kata anggota bomba Geanelli Nunez kepada AFP.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE