fb fb fb fb fb

Kathmandu kembali tenang

Foto Arkib

KATHMANDU, 14 September – Situasi di ibu negara Nepal, Kathmandu kembali tenang selepas beberapa hari diselubungi asap akibat tunjuk perasaan ganas yang meragut sekurang-kurangnya 51 nyawa.

Orang ramai dilihat kembali mengunjungi lokasi-lokasi popular seperti Kuil Swayambhunath dan Muzium Narayanhiti, manakala jalan-jalan di kota raya itu kembali sibuk dengan kenderaan seperti sedia kala.

Seorang pemandu bas antara bandar dari wilayah Rajbiraj di tenggara Nepal berkata perjalanan ke Kathmandu berjalan lancar tanpa halangan.

"Jalan dalam keadaan baik, tiada sekatan, dan kami sampai dua jam lebih awal dari biasa. Saya sangat bersyukur," katanya.

Situasi tegang minggu lalu telah mendorong Presiden Nepal, Ramchandra Paudel, mengumumkan pembubaran parlimen dan menetapkan tarikh pilihan raya baharu pada 5 Mac 2026.

Keputusan itu dibuat selepas seminggu rusuhan berdarah yang turut menyaksikan pelantikan perdana menteri wanita pertama negara itu, bekas Ketua Hakim Negara, Sushila Karki.

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN