fb fb fb fb fb

Israel serang pusat perlindungan di Gaza

Foto AFP

GAZA, 14 September - Sekurang-kurangnya 40 orang terbunuh dalam satu serangan terbaharu regim Zionis yang menyasarkan Bangunan Muhanna di tengah Gaza.

Ia dipercayai menjadi tempat perlindungan bagi mereka yang hilang tempat tinggal, akibat perang yang berlarutan sejak 7 Oktober 2023.

Serangan tersebut bagaimanapun terus dimanipulasi regim Netanyahu yang mendakwa amaran telah diberikan terlebih dahulu, selepas bangunan tersebut dimasukkan di dalam senarai pusat operasi ketenteraan Hamas.

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN