LA HAYE, 3 Ogos- Sebuah kapal kargo yang terbakar di luar pantai Belanda dengan beratus-ratus kereta elektrik di dalamnya sedang ditunda ke pelabuhan pada Khamis kata pegawai.
Kerajaan memutuskan kapal itu akan ditunda ke pelabuhan utara Eemshaven kira-kira 62 kilometer dari kedudukannya sekarang.
Menurut agensi pengurusan air kebangsaan Rijkswaterstaat ia, "memastikan laluan tunda sesingkat mungkin selain risiko yang rendah." Agensi kerajaan itu berkata faktor cuaca tidak baik, serta infrastruktur dan kemudahan pelabuhan dijadikan sebagai alasan untuk memindahkan kapal. Kapal itu telah berlabuh 16 kilometer ke utara pulau Schiermonnikoog dan Ameland.
Bagaimanapun sebahagian daripada kepulauan yang sensitif dari segi ekologi. Ia telah pun ditarik sejauh 66 kilometer ke kedudukan semasa pada Ahad dan Isnin, untuk melancarakan trafik maritim.
Masa yang tepat untuk menundanya pada Khamis namun belum dinyatakan dan ianya bergantung kepada cuaca, keadaan semasa dan air pasang. "Keadaan pada kapal pengangkut masih stabil," kata Rijkswaterstaat. Bot yang direka untuk membersihkan tumpahan minyak terus kekal berhampiran kapal.
Punca kebakaran yang berlaku pada 25 Julai itu masih tidak jelas, walaupun pemilik kapal berkata ia kemungkinan berpunca daripada salah satu kenderaan elektrik di atas kapal tersebut.
Menurut K Line, syarikat sewa kapal yang berpangkalan di Jepun, kapal pengangkut berbendera Panama itu membawa 3,783 kereta baharu, termasuk 498 kenderaan elektrik. Seorang kelasi maut selepas dia dan 22 yang lain diselamatkan dari kapal yang terbakar itu yang memaksa beberapa anak kapal terjun ke laut.- AFP
(Kebakaran di atas kapal pengangkut kereta yang didaftarkan di Panama/AFP)