fb fb fb fb fb

Kapal perang New Zealand kembali guna selat Taiwan

Menteri Pertahanan New Zealand, Judith Collins/Reuters

SYDNEY, 26 September- Kapal tentera laut New Zealand buat pertama kalinya berlayar melalui selat Taiwan, sejak 2017.

Menurut kenyataan Menteri Pertahanan New Zealand, Judith Collins pada Khamis, pelayaran itu turut disertai kapal perang dari Australia.

Kedua-dua kapal belayar di perairan kontroversi tersebut pada Rabu, pukul 2.00 petang waktu tempatan, disifatkan sebagai rutin dan mengikut lunas undang-undang antarabangsa.

"Pasukan Pertahanan New Zealand menjalankan semua aktiviti mengikut undang-undang antarabangsa dan patuh prosedur," katanya.

Dalam pada itu, Jabatan Pertahanan Australia mengesahkan perkara tersebut dan menegaskan bahawa ia menunjukkan komitmen negara terhadap Indo-Pasifik yang terbuka, stabil dan makmur.

China, yang mendakwa mentadbir Taiwan secara demokrasi berkata ia merupakan tanggungjawab dan bidang kuasanya ke atas selat itu.

Namun, kenyataan itu dibidas Taiwan dan Amerika Syarikat dengan menjelaskan, perairan itu menjadi laluan perdagangan utama kapal kontena dari seluruh dunia.

"Kami akan mengekalkan tahap kewaspadaan yang tinggi terhadap sebarang tindakan yang boleh membahayakan kedaulatan dan keselamatan China," kata jurucakap kepada menteri luar China, Lin Jian pada sidang akhbar.

China masih meneruskan kekerasan dalam 'menakluk' Taiwan, dengan meningkatkan aktiviti ketenteraan di sekitar pulau termasuk mengadakan kontroversi perang sejak lima tahun lalu.- REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM