BEIJING, 12 Setember - China mengesahkan kapal pengangkut pesawat terbaharunya, Fujian, telah berlayar melalui Selat Taiwan untuk menjalani ujian dan latihan di Laut China Selatan, ketika Beijing giat memperkukuh kekuatan tenteranya.
Fujian ialah kapal ketiga China selepas Liaoning (2012) dan Shandong (2019), namun masih dalam fasa ujian laut.
Tentera laut China menegaskan ia adalah sebahagian daripada proses pembinaan dan “tidak ditujukan kepada mana-mana pihak.”
Jepun memaklumkan ia mengesan Fujian bersama dua kapal lain berhampiran Kepulauan Senkaku pada Khamis, menandakan kali pertama kapal itu dikenal pasti di perairan tersebut.
Kehadiran kapal tersebut di sekitar pulau yang ditadbir Jepun, meningkat kepada 355 kali tahun lalu.
Beijing turut mengesahkan rondaan pasukan maritim di sekitar Kepulauan Diaoyu.
Penganalisis menjangkakan Fujian akan dilengkapi sistem pelancaran pesawat lebih canggih.
China kini memiliki angkatan laut terbesar di dunia dengan lebih 370 kapal, dan pengembangan kuasa maritimnya dilihat mencabar dominasi pakatan diketuai Amerika Syarikat serta meningkatkan kebimbangan negara serantau, termasuk Jepun dan Taiwan. - AFP