GAZA, 12 September - Kementerian Kesihatan Gaza pada Khamis memaklumkan jumlah korban di Gaza meningkat kepada 64,718 orang.
Sejumlah 163,859 orang lagi dilaporkan cedera sejak konflik tercetus pada Oktober 2023.
Dalam tempoh 24 jam lalu sahaja, hospital di Gaza melaporkan 72 kematian dan 356 kecederaan akibat serangan Israel.
Selain itu, tujuh lagi mangsa termasuk seorang kanak-kanak dilaporkan meninggal dunia akibat kekurangan zat makanan dan kebuluran di wilayah yang dikepung itu. - REUTERS