fb fb fb fb fb

Kapal Maersk lalui Laut Merah buat pertama kali selepas hampir dua tahun

Foto REUTERS

COPENHAGEN, 20 Disember – Syarikat perkapalan Denmark, Maersk mengumumkan bahawa salah satu kapalnya berjaya melalui Laut Merah dan Selat Bab el-Mandeb buat pertama kali selepas hampir dua tahun, meskipun syarikat itu masih belum merancang untuk membuka semula sepenuhnya laluan berkenaan.

Menurut Maersk, kapal Laura Maersk kini berada di Laut Baltik dan dijangka tiba di Pelabuhan Aarhus, Denmark, pada 21 Disember ini.

Syarikat itu sebelum ini mula mengalihkan laluan kapal-kapalnya menjauhi Teluk Aden dan Laut Merah melalui Tanjung Harapan pada Januari 2024, susulan serangan kumpulan Houthi dari Yaman terhadap kapal-kapal di kawasan berkenaan sebagai tanda solidariti terhadap rakyat Palestin di Gaza.

Dalam satu kenyataan, Maersk turut memaklumkan sebuah lagi kapalnya, Maersk Sebarok telah berjaya melakukan pelayaran merentasi laluan tersebut pada Khamis dan Jumaat lalu. -REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN