fb fb fb fb fb

Delhi guna penyembur air atasi pencemaran udara

Foto REUTERS

NEW DELHI, 20 Disember – Pihak berkuasa di ibu negara India, New Delhi melaksanakan langkah kawalan pencemaran baharu pada Jumaat susulan paras kualiti udara yang berada pada tahap membimbangkan.

Antara inisiatif yang diperkenalkan ialah pemasangan penyembur air pada tiang lampu di beberapa kawasan bandar, bertujuan mengurangkan habuk serta memberikan kelegaan sementara kepada penduduk.

Indeks Kualiti Udara (AQI) di wilayah Delhi, yang dihuni kira-kira 30 juta penduduk, dilaporkan berada dalam kategori teruk sejak beberapa hari lalu, dengan bacaan kerap melepasi paras 450.

Pencemaran udara merupakan masalah tahunan yang lazim berlaku pada musim sejuk di Delhi dan kawasan sekitarnya, apabila udara sejuk dan padat memerangkap pelepasan daripada kenderaan, tapak pembinaan serta pembakaran sisa tanaman di negeri-negeri jiran.

Keadaan tersebut menyebabkan tahap pencemaran meningkat ke antara yang tertinggi di dunia, sekali gus mendedahkan penduduk kepada risiko penyakit pernafasan yang serius. -REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN