fb fb fb fb fb

Kanser prostat bakal meningkat dua kali ganda- Kajian

Foto AFP

PARIS, 4 April - Bilangan kes kanser prostat baharu di seluruh dunia bakal meningkat lebih dua kali ganda dalam tempoh 20 tahun akan datang terutamanya kepada negara-negara yang dianggap miskin, mengikut laporan Lancet yang diterbitkan pada Khamis.

Menurut laporan tersebut, faktor penuaan penduduk di negara-negara berkenaan kini sedang menyamai negara-negara kaya.

"Kajian mendapati bahawa jumlah kes baharu kanser prostat akan meningkat daripada 1.4 juta orang pada 2020 kepada 2.9 juta pada 2040",kata jurnal perubatan itu, berdasarkan kajian perubahan demografi.

Para penyelidik berkata peningkatan kes tersebut dikaitkan dengan peningkatan jangka hayat dan perubahan dalam piramid umur di seluruh dunia.

Kanser prostat adalah kanser yang paling kerap dihidapi dalam kalangan lelaki dan menyumbang kira-kira 15 peratus daripada kes.

Kebanyakannya muncul selepas umur 50 tahun.

Tambah para penyelidik, pertambahan jangka hayat di negara-negara membangun secara tidak langsung turut meningkatkan kes prostat.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD