fb fb fb fb fb

Kanak-kanak kembar siam Brazil berjaya dipisahkan

RIO DI JANEIRO, 3 Ogos- Pembedahan bagi memisahkan kembar siam Brazil berusia tiga tahun disifatkan sebagai pembedahan paling kompleks.

Usaha memisahkan bahagian kepala dan otak kembar terbabit berjaya dilaksanakan dengan proses yang panjang iaitu selama 27 jam.

Pasangan Athur dan Bernardo Lima dilahirkan pada tahun 2018 di utara Brazil, kini dapat memandang wajah masing-masing buat kali pertama selepas dipisahkan pasukan pembedahan menggunakan teknologi realiti maya.

Badan amal perubatan, Gemini Untwined yang berpangkalan di London membantu pembedahan tersebut.

Kejayaan pemisahan kembar siam berkenaan yang melibatkan hampir 100 kakitangan dan anggota perubatan adalah satu pencapaian bersejarah.-REUTERS


(FOTO REUTERS)

Media Baharu