fb fb fb fb fb

Kanak-kanak berusia bawah lima di AS boleh ambil vaksin COVID-19

WASHINGTON, 16 Jun- Individu berusia bawah lima tahun di Amerika Syarikat (AS) bakal menerima vaksin COVID-19.

Ini selepas panel pakar yang dirujuk Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) negara itu mengesyorkan vaksin COVID-19 Moderna untuk kelompok usia tersebut.

Ahli panel juga dijangka mengundi untuk membenarkan vaksin Pfizer diberikan golongan usia sama.

Kanak-kanak di bawah usia lima tahun adalah satu-satunya kumpulan umur yang belum layak untuk imunisasi COVID-19 di AS dan kebanyakan negara.

Menerusi perbincangan ahli panel, saintis kanan FDA Peter Marks berkata walaupun kajian menunjukkan majoriti kanak-kanak kini telah dijangkiti COVID-19, dan kadar kemasukan ke hospital semakin tinggi turut melibatkan kalangan bayi semasa gelombang Omicron pada musim sejuk lalu sekali gus mendesak penyelesaian menggunakan kaedah untuk vaksinasi.

"Kami sedang berhadapan dengan isu di mana kami perlu berhati-hati dengan keputusan ini bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini atau pun boleh menyebabkan kematian terhadap kanak-kanak.

"Setiap kehidupan adalah penting dan kematian yang boleh dicegah dengan vaksin adalah sesuatu yang kami ingin cuba lakukan," kata Peter kepada AFP.


(FOTO AFP)

Negara Uncle Sam itu juga setakat ini merekodkan 480 kematian COVID-19 dalam kumpulan umur kosong hingga empat tahun.

Setakat bulan lalu juga, negara tersebut mencatatkan 45,000 kemasukan ke hospital dalam kumpulan umur sama dengan hampir satu perempat daripadanya memerlukan rawatan rapi.-AFP

 

Media Baharu