fb fb fb fb fb

Kanada laksana Akta Darurat

FOTO AFP


KANADA, 17 Februari - Protes bantah mewajibkan vaksin masih berlanjutan di Kanada.

Berikutan itu, Kanada terpaksa mengambil langkah mengejutkan dengan melaksanakan Akta Darurat bagi menghalang protes di negara itu.

Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau menyatakan skop sekatan itu tidak mempunyai ‘had masa’ serta tidak akan berlaku sebarang kerahan tentera.

Akta yang tidak memerlukan perintah mahkamah itu akan memberikan kebenaran kepada pihak bank membekukan akaun peribadi bagi sesiapa yang terlibat dalam protes.

Sementara itu, ratusan peserta demonstrasi antivaksin dilihat masih kekal berhimpun di ibu negara Kanada yang memasuki minggu ketiga.

Protes telah menjejaskan pergerakan rentas sempadan dan melumpuhkan sebahagian ibu kota Kanada .

Pihak polis akan diberikan ‘lebih banyak kelengkapan’ untuk memenjarakan atau mendenda peserta protes serta melindungi infrastruktur kritikal di bandar itu.

Darurat hanya pernah digunakan sekali sebelum ini, iaitu pada tahun 1970 oleh mendiang ayah Trudeau, yang juga bekas Perdana Menteri, Pierre Trudeau . - AFP

 

Media Baharu