fb fb fb fb fb

Arahan vaksinasi mandatori terus dibantah

 

FOTO AP

KANADA, 17 Februari - Bantahan terhadap arahan vaksinasi mandatori oleh Konvoi Kebebasan diteruskan di tengah bandar Ottawa, meskipun darurat.

Demonstrasi ini dilihat suatu tamparan kepada pihak berkuasa meski Perdana Menteri, Justin Trudeau mengumumkan penggunaan ordinan darurat bagi mengatasi tunjuk perasaan yang berlarutan sejak tiga minggu lalu.

Penunjuk perasaan menyatakan, mereka tidak akan berganjak selagi kerajaan tidak menarik semula arahan mewajibkan vaksin COVID-19.

Sementara itu, menurut Pegawai Pejabat Perdana Menteri, konvoi tersebut telah menjejaskan ekonomi dan membahayakan keselamatan awam.

Tambahnya perlaksanaan langkah menggunakan ordinan darurat adalah munasabah dan hanya akan digunakan apabila terdapat keperluan.

Konvoi Kebebasan yang disertai oleh majoriti pemandu trak itu bertindak menghalang laluan di jalan-jalan utama di Ottawa dan koridor perdagangan Kanada-Amerika Syarikat.

Ia turut merebak ke negara-negara lain seperti Perancis dan New Zealand yang mewajibkan vaksinasi terhadap rakyatnya. - AP

 

Media Baharu