fb fb fb fb fb

Jerman tamatkan sekatan COVID-19


FOTO AFP

ERMAN, 17 Februari - Kebanyakan sekatan COVID-19 di Jerman akan ditamatkan.

Mulai 4 Mac, akses ke restoran akan dibuka kepada orang yang tidak divaksin juga jika mereka menunjukkan bukti ujian negatif.

Sebagai langkah pertama, sekatan akan dilonggarkan bagi membolehkan lebih ramai bertemu secara tertutup.

Akses ke kedai akan dibuka kepada semua tanpa semakan sama ada individu itu diberi vaksin atau menjalani ujian pengesanan COVID-19.

Sekatan sosial, budaya dan ekonomi akan ditarik balik secara beransur-ansur menjelang permulaan musim bunga pada 20 Mac 2022.

Selepas tarikh itu, ekonomi Eropah akan bergantung kepada langkah perlindungan asas termasuk pemakaian pelitup muka di khalayak ramai.

Peraturan yang memerlukan majikan membenarkan kakitangan bekerja dari rumah juga akan ditarik balik pada masa itu.

Selama beberapa minggu, Jerman mengehadkan pelanggan ke bar dan restoran hanya kepada mereka yang menerima suntikan penggalak atau yang diuji negatif, selain pulih sepenuhnya daripada COVID-19.

Pada Isnin Jerman melaporkan 76,465 jangkitan Covid-19 baharu dan 42 kematian dimana minggu kedua berturut-turut menunjukkan kadar penurunan. - AFP

 

Media Baharu