KOLKATA, 17 Ogos - Kakitangan perubatan termasuk doktor dan jururawat mengadakan protes di Kolkata, India pada Jumaat selepas negara itu dikejutkan dengan kes rogol dan bunuh seorang doktor minggu lalu.
Mangsa berusia 31 tahun ditemukan mati pada 9 Ogos di bilik kuliahnya dengan berlumuran darah.
Kakitangan Kolej Perubatan R. G. Kar memaklumkan kepada Reuters bahawa ketika kejadian mangsa dikatakan mahu berehat sebentar di dewan kuliah kolejnya selepas penat bekerja hampir 20 jam.
Antara Das, seorang doktor dan pelajar pediatrik berkata, dia kini berasa tidak selamat bekerja di hospital yang dahulunya dianggap seperti rumah keduanya.
Kemarahan terhadap kegagalan undang-undang menghalang peningkatan keganasan terhadap wanita telah mencetuskan bantahan daripada doktor khususnya dalam kalangan wanita.
"Kami tidak berasa selamat, (saya) sangat takut sekarang kerana banyak masa, kami bertugas malam, kami bekerja sepanjang masa, kami memberi (bekerja dalam) tugas 36 jam.
"Jika perkara ini berlaku di dalam hospital, itu seperti rumah kedua kepada kita, di manakah kita selamat sekarang?
"Kami akan berjuang sehingga ke akhirnya. Kamera litar tertutup (CCTV) perlu dipasang di setiap sudut hospital dan juga pengawal keselamatan harus lebih cekap. Itu kami tuntut di setiap hospital. Bagaimana kita akan bekerja seperti ini? Kami, doktor, sangat tidak selamat sekarang. Tugas malam adalah sangat menakutkan bagi kami selepas kejadian ini," kata kata Antara Das. - REUTERS