fb fb fb fb fb

Kadar pengangguran di Sepanyol menurun

foto hiasan

SEPANYOL, 25 Oktober- Kadar pengangguran di Sepanyol turun lebih rendah pada suku ketiga berikutan sektor perkhidmatan yang kembali berkembang.

Institut Statistik Nasional Sepanyol mendedahkan, kadar pengangguran dari Julai hingga September 2024 ialah 11.21 peratus, turun daripada 11.27 peratus yang dicatatkan pada suku kedua.

"Sektor perkhidmatan menyumbang sebahagian besar daripada 138,300 pekerjaan yang diwujudkan dalam tempoh itu.

"Ia susulan musim cuti musim panas yang penting di Sepanyol yang merupakan negara kedua paling ramai dikunjungi di dunia," menurut kenyataan itu.

Perdana Menteri, Pedro Sanchez secara konsisten menekankan data ekonomi positif sebagai pencapaian utama kerajaan, sekali gus menangkis kritikan pembangkang.

Penyumbang ekonomi keempat terbesar Kesatuan Eropah itu mengalami kadar pengangguran melebihi 16 peratus semasa Covid-19 melanda seluruh dunia.-AFP

Trainee