fb fb fb fb fb

K. Utara kritik Yoon Suk Yeol, punca huru-hara di K. Selatan

Foto AFP

SEOUL, 11 Disember- Korea Utara menyifatkan Korea Selatan sedang berada dalam keadaan kacau-bilau selepas Presiden Yoon Suk Yeol secara mengejut melaksanakan darurat tentera, menurut media rasmi Korea Utara pada Rabu.

"Insiden mengejutkan melibatkan boneka Yoon Suk Yeol, yang berdepan pemecatan dan krisis pentadbiran, tiba-tiba mengisytiharkan perintah darurat tentera dan tanpa ragu menggunakan senjata dan kuasa diktator fasisnya, menyebabkan kekacauan di seluruh Korea Selatan.

"Masyarakat antarabangsa sedang memerhati dengan tegas, dengan penilaian bahawa insiden darurat tentera ini mendedahkan kelemahan dalam masyarakat Korea Selatan," jelas media rasmi Korea Utara.

Pengulas politik menyifatkan tindakan mendadak Yoon itu sebagai langkah terdesak dan menyatakan bahawa karier politik Yoon Suk Yeol mungkin berakhir lebih awal.

Sementara itu, Yoon menggantung pemerintahan awam pada Selasa lalu dengan menghantar pasukan khas dan helikopter ke parlimen, sebelum penggubal undang-undang memaksanya menarik balik perintah itu di sebuah negara yang dianggap mempunyai sistem demokrasi yang stabil.

Beliau terselamat daripada usul pemecatan di parlimen pada Sabtu, walaupun puluhan ribu rakyat berkumpul dalam suhu sejuk di luar untuk menuntut penyingkirannya.

Pihak pembangkang merancang untuk memperkenalkan usul pemecatan kedua pada Sabtu akan datang.- AFP

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM