fb fb fb fb fb

Juruterbang terbunuh dalam nahas pesawat tentera Rusia

Foto Hiasan/AFP

MOSCOW, 16 Ogos- Seorang juruterbang maut dan tiga lagi cedera apabila sebuah pesawat pejuang Rusia terhempas semasa penerbangan latihan di atas Siberia, kata gabenor wilayah itu pada Jumaat.

Pesawat Tu-22M3 itu terhempas lewat Khamis di kawasan terpencil di wilayah Irkutsk, kata Igor Kobzev.

"Usaha menyelamat berlangsung sepanjang malam... malangnya salah seorang juruterbang tidak dapat diselamatkan," kata Kobzev di Telegram, memetik kementerian pertahanan.

Tiga juruterbang yang cedera dimasukkan ke hospital dan menurut maklumat awal nahas itu berpunca daripada kegagalan teknikal.

Tu-22M3 ialah pengebom strategik jarak jauh yang dibuat oleh pengeluar tentera Tupolev.- AFP

ZEHRA BINTI ZAMBRI