fb fb fb fb fb

Juruterbang maut helikopter milik tentera India terhempas

(FOTO FAIL AFP)

NEW DELHI, 5 Oktober - Seorang juruterbang maut, manakala seorang lagi cedera selepas helikopter milik tentera India terhempas di timur laut Arunachal Pradesh hari ini.

Tentera India dalam satu kenyataan memaklumkan, helikopter Cheetah itu terhempas di Tawang, kira-kira 16 kilometer di selatan Garisan Kawalan Sebenar yang membahagikan negeri Arunachal Pradesh di timur laut India dengan wilayah China.

(Helikopter Cheetah milik tentera India / FOTO FAIL AFP)

"Kedua-dua pegawai telah dihantar untuk rawatan tetapi seorang meninggal dunia akibat kecederaannya dalam perjalanan. Punca sebenar nahas sedang disiasat," kata kenyataan itu.

Kemalangan tersebut merupakan kemalangan kedua seumpamanya melibatkan helikopter Cheetah tahun ini.

China dan India berperang besar-besaran pada tahun 1962 ke atas kawalan Arunachal Pradesh, yang dituntut oleh Beijing secara keseluruhannya dan menganggap sebahagian daripada Tibet.-AFP

Media Baharu