fb fb fb fb fb

Brad Pitt disiasat berhubung dakwaan pukul anak

(FOTO FAIL AFP)

LOS ANGELES, 5 Oktober - Aktor Hollywood, Brad Pitt didakwa memukul muka dan mencekik salah seorang anaknya semasa bergaduh dengan Angelina Jolie dalam pesawat persendirian, menurut kertas mahkamah yang difailkan pada Selasa di Amerika Syarikat oleh bekas isterinya.

Bekas pasangan itu yang pernah menjadi salah satu pasangan paling terkenal di Hollywood telah terlibat dalam pertikaian panjang mengenai perkahwinan mereka, hak penjagaan enam anak dan aset yang dikongsi termasuk kilang wain Perancis.

(Bekas pasangan paling terkenal di Hollywood itu telah terlibat dalam pertikaian
panjang mengenai perkahwinan mereka / FOTO FAIL AFP)

Dalam kertas yang dikemukakan di mahkamah Los Angeles dan dipetik secara meluas dalam media AS, Jolie menggambarkan kemarahan Pitt berpanjangan ketika pasangan itu terbang bersama anak-anak dari California ke Perancis pada September 2016.

"Pitt mencekik salah seorang kanak-kanak dan memukul seorang lagi di muka," menurut media tempatan sambil menambah bahawa dia juga memegang kepala Jolie dan menggoncangnya.

Pelakon 'Fight Club' itu yang selama beberapa dekad menjadi salah seorang bintang pawagam telah disiasat berhubung dakwaan berkenaan oleh pihak berkuasa persekutuan.

Jolie memfailkan penceraian beberapa hari selepas penerbangan tersebut.-AFP

Media Baharu