fb fb fb fb fb

Jururawat MSF maut dalam serangan udara Israel di Gaza

Hussein Alnajjar, seorang jururawat di klinik MSF di Deir el-Balah dan Khan Younis

GAZA CITY, 18 September – Seorang lagi petugas Doktor Tanpa Sempadan (MSF) terbunuh selepas cedera dalam serangan udara Israel.

Serangan itu menjadikan jumlah kematian dalam kalangan petugasnya kini mencecah 13 orang.

Mangsa, Hussein Alnajjar, seorang jururawat di klinik MSF di Deir el-Balah dan Khan Younis, meninggal dunia selepas lima hari cedera parah akibat terkena serpihan letupan berhampiran khemahnya.

Alnajjar, bapa kepada tiga anak, turut kehilangan ipar dan anak saudaranya yang cedera dalam insiden sama.

Dalam kenyataan, MSF menyifatkan insiden itu bukan satu kemalangan tragis, sebaliknya bukti jelas bahawa tiada tempat selamat bagi penduduk di Gaza.

“Kami marah kerana keganasan tentera terus meragut nyawa rakan sekerja Palestin kami,” tegas MSF.

GRACE AISYAH KEDAYAN