fb fb fb fb fb

Junta Tentera Myanmar beri bayangan bakal tangguhkan pilihan raya

(FOTO AFP)

YANGON, 10 Mac-Junta tentera Myanmar bercadang melaksanakan bancian kebangsaan pada hujung tahun depan lapor media kerajaan pada Jumaat.
Langkah tersebut memberi isyarat kepada penangguhan pilihan raya baharu seperti yang dijanjikan junta tentera sebelum ini yang berikrar bagi menamatkan krisis sebelum ini.

Negara Asia Tenggara itu berada dalam kemelut selepas pihak tentera merampas kuasa pada 2021 yang menimbulkan kekacauan di seluruh negara melibatkan tentera dan penyokong Aung San Suu Kyi.

"Banci akan dibuat serentak di seluruh negara" dari 1 hingga15 Oktober 2024", kata Menteri Imigresen dan Penduduk, U Myint Kyaing lapor agensi media Global New Light of Myanmar.

Ketua Junta, Min Aung Hlaing sebelum ini berkata bancian kebangsaan diperlukan untuk memastikan senarai pengundi di negara yang mempunyai kira-kira 54 juta itu adalah "tepat.

Beliau juga berkata pemilihan baharu hanya boleh diadakan apabila negara itu benar-benar stabil.

Pada Februari lalu , Junta tentera Myanmar mengumumkan lanjutan enam bulan darurat yang telah berlaku selama dua tahun. Keputusan tersebut membawa kepada penangguhan pilihan raya yang dijadualkan pada Ogos ini.

Junta Tentera mewajarkan rampasan kuasa pada Februari 2021 dengan dakwaan tidak berasas mengenai penipuan yang berlaku dalam pilihan raya 2020 yang dimenangi oleh parti pemimpin awam, Aung San Suu Kyi.

Sementara itu, Amerika Syarikat tetap berpendapat tinjauan yang dilakukan oleh pihak junta tentera adalah palsu. Manakala Rusia, sekutu rapat dan pembekal senjata kepada junta tentera berkata Rusia akan menyokong pilihan raya tersebut.-AFP

(FOTO AFP)

Media Baharu