BAMAKO, 8 Jun- Pemerintah tentera Mali akan menangguhkan peralihan kuasa kepada pemerintahan awam sehingga Mac 2024.
Penangguhan itu diumumkan pemimpin junta, Kolonel Assimi Goita yang mendalangi gerakan rampasan kuasa yang dikecam negara-negara di rantau itu dan kuasa asing.
Goita menandatangani dekri yang dibacakan di televisyen yang menyebu tempoh peralihan ditetapkan selama 24 bulan mulai 26 Mac 2022.
Mali mengalami dua rampasan kuasa tentera sejak Ogos 2020 apabila tentera menggulingkan presiden yang dipilih, Ibrahim Boubacar Keita.
Pemerintah tenteranya berikrar untuk mengembalikan kuasa kepada orang awam menjelang Februari 2022 namun melanjutkan tempoh tersebut sehingga dikenakan sekatan.
Mali sedang bergelut di bawah sekatan negara lain di Afrika Barat kerana melengah-lengahkan peralihan kuasa kepada pemerintahan awam.-AFP
(Pemimpin tentera Mali, Kolonel Assimi Goita/REUTERS)