fb fb fb fb fb

20 jet pejuang diterbangkan, AS dan Korea Selatan beri amaran kepada Korea Utara

FOTO REUTERS

SEOUL, 8 Jun- Pesawat tentera Amerika Syarikat dan Korea Selatan dilaporkan terbang melintasi kawasan semenanjung korea pada semalam.

Ia sebagai tindakan provokasi terhadap Korea Utara yang telah melancarkan ujian peluru berpandunya baru-baru ini.

20 pesawat tentera Amerika dan Korea Selatan itu membentuk skuadran menyerang melintasi kawasan barat laut semenanjung korea.

Amerika Syarikat dan Korea Selatan yang membentuk pakatan itu berniat untuk menunjukkan keupayaan ketenteraan selain bersiap siaga untuk membuat serangan tepat terhadap sebarang ancaman.


(Korea Utara sebelum ini telah melancarkan serangan peluru berpandu meski ditentang hebat negara-negara lain/REUTERS)

Pakatan itu bertindak menerbangkan pesawat mereka sehari selepas mereka melancarkan lapan peluru berpandu ke kawasan lautan berdekatan negara Jepun.

Ini merupakan tindak balas terhadap tindakan Korea Utara yang terlebih dahulu melancarkan lapan peluru berpandu dari empat lokasi berbeza.

Pihak berkuasa Amerika dan Korea Selatan juga telah memberikan amaran kepada rejim itu yang bersedia menjalankan ujian nuklear baharu walaupun mendapat tentangan hebat.

Media Baharu