fb fb fb fb fb

Jumlah korban banjir di tenggara Australia meningkat kepada empat orang

Foto REUTERS

SYDNEY, 23 Mei - Angka korban akibat banjir di tenggara Australia meningkat kepada empat orang selepas mayat seorang lelaki ditemui dalam sebuah kereta yang terperangkap dalam banjir, hari ini.

Hujan lebat berterusan selama tiga hari telah menyebabkan beberapa bandar terputus hubungan, haiwan ternakan hanyut, dan rumah musnah.

Menurut pihak perkhidmatan kecemasan, seramai 50,000 penduduk masih terperangkap dan terputus hubungan akibat bencana ini.

Beberapa kawasan dilaporkan tenggelam sepenuhnya dengan kenderaan dilihat ditenggelami air hingga paras cermin.

Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese memaklumkan bahawa beliau membatalkan lawatan ke bandar Taree, salah satu kawasan paling terjejas, disebabkan oleh keadaan banjir yang masih belum reda.

Pihak berkuasa terus menjalankan operasi menyelamat dan memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak mengambil risiko meredah kawasan yang dinaiki air. - REUTERS

MUHAMMAD ASYRAF BIN MOHD ZUHAIRIE