fb fb fb fb fb

Jumlah kes, kematian akibat taun meningkat - WHO

Foto AFP

GENEVA, 5 September- Jumlah kes dan kematian akibat penyakit taun meningkat dengan mendadak tahun lalu, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata pihaknya menyeru lebih banyak tindakan diambil untuk membendung penyakit berkenaan.

"Penyakit taun membunuh 4,000 orang tahun lalu, meskipun ia boleh dicegah dan mudah dirawat.

"Konflik, perubahan iklim, air, kemiskinan dan perpindahan kesemuanya menyumbang kepada peningkatan wabak itu," katanya kepada pemberita di sini.

Setakat tahun ini, lebih daripada 342,000 kes dan 2,400 kematian telah direkodkan akibat wabak berkenaan.

Jelasnya, 22 negara termasuk Sudan telah dilanda dengan penyakit taun.

Penyakit taun yang menyebabkan cirit-birit, muntah dan kekejangan otot, kebiasaannya berpunca daripada makanan atau air yang tercemar dengan bakteria. - AFP

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM